Terkini

Senaraikan homestay anda di sini


Laman web homestaydimalaysia.blogspot.com ditubuhkan kerana pada pendapat saya maklumat homestay di Malaysia masih belum begitu mudah diperolehi di internet. Adalah menjadi harapan saya, agar Laman Web ini sentiasa menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan kepada semua pihak yang ada kaitan dengan homestay di Malaysia.

Disebabkan hal ini, saya menubuhkan laman web homestay di Malaysia di mana segala informasi berkaitan dengannya boleh didapati dengan mudah di laman ini. Statistik yang diperolehi dari google menunjukkan bilangan pengunjung ke laman web Homestay di Malaysia telah mencapai seramai lebih dari 165,000 orang dan pengunjung harian melebihi 600 pengunjung sehari di mana bulan lepas sahaja bilangan pengunjung ke laman ini adalah seramai 25,253 orang. Semoga pengunjung yang melayari laman web ini mendapat manfaat dari laman ini dan semoga dapat memberi manfaat kepada lebih ramai lagi.

Oleh kerana misi saya ingin menjadikan laman web yang memberi manfaat dan membantu pengendali homestay, saya ingin mempelawa pengendali-pengendali homestay yang ada menawarkan perkhidmatan berkaitan homestay untuk turut serta menyumbang di dalam laman web ini dengan menyenaraikan homestay anda di sini. Semoga ini dapat memudahkan kerja mereka mencari homestay samada untuk rombongan sekolah, membawa keluarga bercuti, dan sebagainya.

Hantar Iklan anda secara percuma di sini. Isikan maklumat yang diminta dan tekan butang Submit. Sekiranya tiada sebarang masalah iklan anda akan di siarkan dalam tempoh 24 jam In Shaa Allah. Sekiranya dalam tempoh tersebut iklan anda tidak disiarkan, sila hubungi saya melalui email ke homestaykesidang.gmail.com.


Powered byEMF Online Payment Form

No comments:

Post a Comment

Featured post

Negeri Johor Darul Ta'zim

Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan ...

Kereta Sewa di Melaka